Monday, March 12, 2007

..hidup


Alun hidup harus terus diredah
walau jatuh rebah
walau dalam payah

Aku yakin kata-kataNYA
dalam Al-Insyirah
akhir setiap yang payah itu
adalah indah...

3 comments:

izinni said...

...apabila indah itu menyapa
usah leka
belai dan baja dengan sempurna
agar hasil subur membara
bekal diri di hari muka

:)

Kemat said...

Sesuatu yang payah, bila berakhir sememangnya indah. Moga diberikat kekuatan oleh-Nya menempuh segala alun hidup, tak kira yang payah atau mudah. Kerana kadangkala yang mudah kita mudah leka hingga ia menjadi payah.

aurcilik said...

izinni:
kadang2 yang indah itu lebih payahkan?
hehe..t kasih sokongan yg diberi utk blog "tersorok" ini.

kemat:
:) terima kasih berkunjung-balas ke sini..pandai encik kemat menyulam kata.